Terapi Hidro: Sejarah


Berdasarkan sejarah, air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh dalam badan.

Ketika sakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun.Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.

Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. MaNakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.

Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


0 comments:

Post a Comment