Terapi Fisio: Kepentingan Dalam Pendidikan Khas

KEPENTINGAN TERAPI FISIO/FIZIKAL.

Terapi fisio/fizikal sememangnya sangat efektif kepada murid-murid pendidikan khas kerana ianya mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya murid dapat berjalan , berlari dan melompat dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu juga pemulihan bagi motor halus adalah sangat penting. Termasuk juga aktiviti – aktiviti yang melibatkan motor halus seperti memotong, menggunting, mencubit , meramas dan sebagainya. Latihan imbangan merupakan antara aktiviti yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki, meniti diatas bangku dan sebagainya. Koordinasi kedua motor ini akan mampu meningkatkan kemampuan otak kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyambut bola dengan pelbagai saiz , mencantum puzzle dan sebagainya. Kesimpulannya kematangan kedua – dua motor halus dan kasar akan dapat meningkatkan tahap kefungsian mereka dalam kehidupan seharian.

Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-murid pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini dapat membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. Contohnya boleh memilih objek yang besar atau kecil, mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran. Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria supaya murid-murid pendidikan khas dapat membentuk konsep dengan betul. Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal memberi impak yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya kosentrasi murid-murid pendidikan khas.

Terapi fizikal mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Murid-murid akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran dan keinginan yang kuat untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan rakan terhadap keupayaan dan kebolehan sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi menjalani proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.

Mereka juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa menjalankan aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan mereka meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat . Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani dan berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan. Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama. Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk insan yang seimbang dan kepatuhan kepada peraturan serta mampu menjadi insan yang patuh kepada perintah Allah. Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada pertuturan murid-murid pendidikan khas.

Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid – murid pendidikan khas. Contohnya sikap pendiam , tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus suka mengganggu dan sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD. Kemampuan memberikan ganjaran dan pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka mengubah tingkah laku. Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989). Oleh yang demikian melalui aktiviti-aktiviti terapi murid akan terikat dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini akan memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti- aktiviti yang dilakukan mampu memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik.

Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan mereka. Terutama sekali yang melibatkan otot-otot motor kasar. Contohnya dapat berjalan dan melompat dengan betul bila keseimbangan badan dapat dibentuk dengan baik. Kelembutan dan kelenturan otot-otot semasa melakukan aktiviti berkuda akan membantu menguatkan tubuh badan dan bahagian sendi-sendi. Ramai dalam kalangan murid pendidikan khas ini tidak mempunyai kesempurnaan dalam perkembangan fizikal. Oleh yang demikian latihan yang berterusan akan mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap.

Selain dairpada apa yang dibincangkan diatas, aktiviti terapi juga akan dapat membantu murid meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar psikologi berpendapat melalui aktiviti motor kasar dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan membantu mereka melepaskan segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Contoh seperti memukul boxing, menyepak bola dan sebagainya. Aktiviti ini dapat meredakan perasaan mereka terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti ini dijalankan kebanyakan murid akan lebih bertenang dan dapat memerikan tumpuan kepada aktiviti seterusnya.

0 comments:

Post a Comment