Terapi Pasir : Kepentingan

  • Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
  • Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
  • Merangsang pemikiran murid
  • Menguranan tekanan emosi
  • Membantu meningkatkan kemahiran sosial

Terapi Pasir : Tujuan

  • Melatih daya kreativiti kanak-kanak
  • Menghilangkan rasa marah 
  • Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu 
  • Meningkatkan keyakinan diri 
  • Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

Terapi Pasir : Pengenalan

Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.

Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.

Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks. 

Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.

Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.

Terapi Hidro: Kepentingan




Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untukmengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi danspiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan Social skill
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan
17. Peningkatan self-esteem.

Terapi Hidro: Sejarah


Berdasarkan sejarah, air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh dalam badan.

Ketika sakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun.Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.

Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. MaNakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.

Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


Terapi Fisio: Kepentingan Dalam Pendidikan Khas

KEPENTINGAN TERAPI FISIO/FIZIKAL.

Terapi fisio/fizikal sememangnya sangat efektif kepada murid-murid pendidikan khas kerana ianya mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya murid dapat berjalan , berlari dan melompat dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu juga pemulihan bagi motor halus adalah sangat penting. Termasuk juga aktiviti – aktiviti yang melibatkan motor halus seperti memotong, menggunting, mencubit , meramas dan sebagainya. Latihan imbangan merupakan antara aktiviti yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki, meniti diatas bangku dan sebagainya. Koordinasi kedua motor ini akan mampu meningkatkan kemampuan otak kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyambut bola dengan pelbagai saiz , mencantum puzzle dan sebagainya. Kesimpulannya kematangan kedua – dua motor halus dan kasar akan dapat meningkatkan tahap kefungsian mereka dalam kehidupan seharian.

Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-murid pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini dapat membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. Contohnya boleh memilih objek yang besar atau kecil, mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran. Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria supaya murid-murid pendidikan khas dapat membentuk konsep dengan betul. Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal memberi impak yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya kosentrasi murid-murid pendidikan khas.

Terapi fizikal mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Murid-murid akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran dan keinginan yang kuat untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan rakan terhadap keupayaan dan kebolehan sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi menjalani proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.

Mereka juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa menjalankan aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan mereka meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat . Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani dan berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan. Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama. Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk insan yang seimbang dan kepatuhan kepada peraturan serta mampu menjadi insan yang patuh kepada perintah Allah. Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada pertuturan murid-murid pendidikan khas.

Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid – murid pendidikan khas. Contohnya sikap pendiam , tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus suka mengganggu dan sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD. Kemampuan memberikan ganjaran dan pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka mengubah tingkah laku. Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989). Oleh yang demikian melalui aktiviti-aktiviti terapi murid akan terikat dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini akan memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti- aktiviti yang dilakukan mampu memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik.

Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan mereka. Terutama sekali yang melibatkan otot-otot motor kasar. Contohnya dapat berjalan dan melompat dengan betul bila keseimbangan badan dapat dibentuk dengan baik. Kelembutan dan kelenturan otot-otot semasa melakukan aktiviti berkuda akan membantu menguatkan tubuh badan dan bahagian sendi-sendi. Ramai dalam kalangan murid pendidikan khas ini tidak mempunyai kesempurnaan dalam perkembangan fizikal. Oleh yang demikian latihan yang berterusan akan mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap.

Selain dairpada apa yang dibincangkan diatas, aktiviti terapi juga akan dapat membantu murid meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar psikologi berpendapat melalui aktiviti motor kasar dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan membantu mereka melepaskan segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Contoh seperti memukul boxing, menyepak bola dan sebagainya. Aktiviti ini dapat meredakan perasaan mereka terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti ini dijalankan kebanyakan murid akan lebih bertenang dan dapat memerikan tumpuan kepada aktiviti seterusnya.

Terapi Fisio: Cara Pelaksanaan

CARA PERLAKSANAAN FISIOTERAPI.
  • Pemerhatian dan penilaian awal terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
  • Penilaian dijalankan menggunakan instrument yang sesuai dan hasil penilaian dianalisa untuk melihat daerah kelemahan tertentu pesakit.
  • Merancang proses rawatan sesuai dengan tahap keupayaan pesakit.
  • Penilaian dijalankan secara berterusan sepanjang tempoh rawatan supaya dapat mengesan keperluan lain pesakit.
  • Penilaian susulan dijalankan bagi melihat keberkesanan terapi atau perlu ditukar kepada aktiviti yang lebih sesuai.

Terapi Fisio: Aktiviti Dalam Terapi Fisio

AKTIVITI –AKTIVTI DALAM TERAPI FISIO.

A) Aktiviti yang berpusatkan psikomotor halus ialah:
i. Meramas
ii. Merenyuk
iii. Menguli
iv. Mengoyak
v. Menggentel
vi. Menggunting
vii. Memotong
viii. Mencabut
ix. Menggaru
x. Memicit

B) Aktiviti yang berpusatkan psikomotor kasar ialah:
i. melambung
ii. membaling
iii. menyambut
iv. menolak
v. menarik
vi. melompat
vii. menendang
viii. memukul
ix. berlari
x. berjalan.

C) Aktiviti latihan imbangan ialah:
i. berdiri di atas kerusi / bongkah kecil
ii. berjalan di atas tali yang diletakkan atas lantai.
iii. Membawa buku di atas kepala
iv. Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu.
v. Berdiri dengan sebelah kaki.

D) Latihan koordinasi:
i. melambung dan menyambut bola pelbagai saiz.
ii. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.
iii. Memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

Terapi Fisio: Keperluan Dalam Pendidikan Khas

KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS.

Murid-murid pendidkan khas memerlukan terapi sebagai satu persediaan untuk menghadapi pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosiolisasi. Mereka perlu mendapat ransangan untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran yang akan diajar. Terapi fizikal ini mampu meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Selain daripada itu ianya juga mampu meransang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan. Terapi fizikal merupakan satu motivasi kepada mereka dalam membina konsep kendiri yang lebih positif.

Ransangan-ransangan ini akan mampu membina keperluan murid-murid pendidikan khas kearah keseimbangan yang menyeluruh bagi menyediakan mereka kepada kehidupan yang bermakna. Situasi ini juga memberikan peluang kepada ibu bapa berbincang dan mengemukakan pendapat bersama ahli terapi. Ibu bapa dapat mempelajari teknik-teknik yang betul dan cara-cara alternatif untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

Terapi Fisio: Pengenalan

DEFINISI FISIOTERAPI

Terapi fizikal merupakan satu penjagaan kesihatan yang memberi rawatan kepada individu untuk menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia. Termasuklah rawatan atas sebab-sebab faktor penuaan, kecederaan, penyakit atau persekitaran. Individu yang terlibat dalam bidang ini dipanggil ahli fisioterapi / jurupulih anggota. Terapi fizikal merupakan salah satu terapi yang penting untuk murid-murid pendidikan khas. Fisioterapi dalam pendidikan khas ialah membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar dan motor halus untuk pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, melempar bola dan sebagainya. Terapi fizikal ini boleh juga didefinasikan sebagai satu rawatan atas ketidakupayaan kepada sesorang individu dengan egen-egen fizikal dan kaedah seperti mengurut, manipulasi alatan, latihan teraputik, ransangan penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, dan ransangan menggunakan elektrik dan cahaya.


SEJARAH TERAPI

Terapi fizikal telah dipelopori oleh Hippocrates dan Hector pada tahun 460 s.m. Pada tahun 1894 empat orang jururawat bekerja sebagai sukarelawan di Pusat Pertubuhan Terapi.Sejak dari itu pusat terapi ditubuhkan secara formal di Universiti Otago di New Zealand dan Amerika Syarikat pada tahun 1913, Portland (1914). Ianya merupakan satu kaedah urutan dan hippo terapi . Penyelidikan terapi fizikal pertama telah dicetak di Amerika Syarikat pada Mac 1921 dalam The PT Review. Marry McMillan menubuhkan terapi fizikal-Physical Therapy Association ( kini dikenali,American Physical Therapy Association (APTA). Georgia Warm Springs Foundation perkenalkan terapi fizikal untuk pesakit polio. APTA juga yang memainkan peranan penting untuk memajukan terapi fizikal secara manual pada tahun 1974. 

Zaman 1980an berlaku perubahan dalam sejarah terapi fizikal Freddy Kaltenborn telah memperkenalkan komputer ransangan elektrik dan ultrasound. Profesion ahli terapi semakin diktiraf bila semakin ramai belia-belia mula menceburi bidang tersebut. Pada tahun 1991 ahli terapi Freddy Kaltenborne dari Norway telah membantu mewujudkan Akademi Terapi Fizikal di Paris. Organisasi ini bertujuan sebagai pusat terapi secara manual dan manipulasi alatan.

Menurut Auxter, Pyfer dan Hueting, (1998) masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja. Pakar perubatan telah telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan.

Cerita Kami: Lawatan ke UPSI

Pada 27 Februari 2014, unit PISMP Pendidikan Khas IPG Kampus Ipoh iaitu unit K15 dan K16 telah mengadakan lawatan ke Universtiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), diiringi oleh pensyarah Puan Satarian Binti Kamis.

Banyak yang telah kami pelajari dan pengalaman ini telah membuka mata kami untuk mengenal lebih dekat terapi-terapi dalam Pendidikan Khas.

Dalam UPSI ini juga, bukan satu sahaja bilik terapi yang ada, tapi banyak bilik terapi yang lain sudah dibina. Tapi yang membanggakan, kumpulan kami merupakan kumpulan pertama yang melawat unit terapi UPSI ini. Terima kasih kepada pihak UPSI kerana sudi menerima kunjungan kami. 

Sebelum Scroll Down untuk melihat gambar kami, sila klik dahulu Facebook Unit Terapi dan Khidmat Sokongan, UTEKS , UPSI untuk maklumat lebih lanjut.

Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil:

Bilik Motor Halus serta alatan yang ada dalam bilik tersebut.

 




Bilik Integrasi Sensori: 








Bilik Snoezelan/Multisensori:








p/s: Diharapkan gambar-gambar yang dikongsikan dapat dijadikan panduan bersama dan menambah ilmu terhadap terapi dalam Pendidikan Khas.




Terapi Aroma: Kegunaan Terapi Aroma

1. Kanak-kanak
  • Menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif
  • Kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

2. Autisme
  • Membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri
  • Membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira

3. Kehidupan Seharian
  • Membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
  • Untuk melegakan sistem pencernaan
  • Untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
  • Menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

Terapi Aroma: Jenis-jenis Terapi Aroma


1. Aroma Terapi Klinik
  • Menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya
  • Dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi

2. Aroma Terapi Holistik
  • Penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga

3. Aroma Terapi Estetik (kecantikan)
  • Digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
  • Biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih
  • Contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit

Terapi Aroma: Pengenalan

Sejarah Terapi Aroma

Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.

Aroma terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental.

Istilah ‘Aroma terapi’ terdiri daripada dua patah perkataan iaitu “Aroma” yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy” yang bermakna rawatan.

Kenangan Semasa Amali Seni Visual











Cerita Amali Kami: Terapi Seni Visual


Laporan Aktiviti Terapi Seni Visual. Kursus Terapi Dalam Pendidikan Khas K16

            Pada hari Khamis, 16 Januari 2014 kumpulan kedua yang dianggotai oleh Carolina Jiksing, Florensiah Bruno, Mathilda Chung, dan Nurul Husna Binti Ibrahim telah mengadakan satu jenis terapi iaitu Terapi Seni Visual. Aktiviti bagi terapi tersebut telah berjaya dilaksanakan di dalam Gimnasium IPG Kampus Ipoh dan dijalankan selama hampir 2 jam, iaitu 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Aktiviti Terapi Seni Visual tersebut telah melibatkan seramai 15 orang ahli kelas K16 dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Malah, sepanjang kami melaksanakan aktiviti bagi Terapi Seni Visual tersebut, kami telah dibimbing oleh pensyarah bagi subjek Terapi dalam Pendidikan Khas (PKB 3109) iaitu Puan Satariah Binti Kamis.  
            Objektif aktiviti tersebut dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan membuat penilitian hasil seni visual yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua,  dapat menghasilkan bahan seni visual yang sesuai melalui aktiviti tersebut. Ketiga, merancang dan mengaplikasikan pengajaran yang melibatkan terapi seni visual. Keempat, mengenalpasti peluang dan risiko dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti terapi bagi murid-murid berkeperluan khas. Seterusnya, dapat menyusun strategi untuk mengaplikasikan terapi-terapi dengan cara yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selepas menerima tajuk daripada pensyarah pembimbing, kami telah duduk berbincang dan berkolaborasi di dalam kumpulan kami. Hasil daripada berbincangan tersebut, lantas kami berempat telah bersepakat untuk melaksanakan aktiviti kolaj dalam bidang menggambar. Malah, kami juga telah membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan secara adil dan saksama. Dari segi penyediaan alat dan bahan untuk aktiviti kolaj sehingga kepada proses mendokumentasikan aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Selain itu, bagi memudahkan aktiviti tesebut dijalankan secara berperingkat, kami telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH tersebut menjadi satu panduan kepada kami berempat dalam menjalankan aktiviti Terapi Seni Visual dengan lebih sistematik tanpa meninggalkan langkah-langkah yang penting.
             Sebelum melaksanakan aktiviti Terapi Seni Visual tersebut, kami telah menerangkan secara umum ‘Apa itu terapi Seni Visual?’ kepada ahli kelas K16. Hal ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya situasi yang mana setiap ahli kelas kami tertanya-tanya apa yang ingin kami sampaikan dalam aktiviti yang bakal dijalankan. Lantas, Mathilda telah memainkan peranan sebagai individu yang bertanggungjawab untuk menerangkan serba sedikit mengenai Terapi Seni Visual dihadapan kelas dengan slide presentation yang telah disediakannya.  
Sudah terang lagikan bersuluh, melalui aktiviti kolaj tersebut murid-murid berkeperluan khas dapat memperbaiki dan mengerakkan motor halus mereka dengan baik. Sebagai contoh, dalam set induksi, kami telah menjalankan aktiviti merenyuk, melipat dan mengoyak kertas surat khabar lama. Aktiviti ini dijalankan secara individu dan setiap individu diberikan tiga helai kertas surat khabar lama. Lantas, aktiviti ini telah diketuai oleh Husna sebagai individu yang mengawal dan membimbing aktiviti tersebut. Pendek kata, hasil daripada set induksi tersebut, kami dapati pergerakkan motor halus adalah sangat mempengaruhi dalam melaksanakan aktiviti merenyuk, melipat dan mengoyak surat khabar lama. Malah, untuk menjelaskan lagi pemahaman murid mengenai aktiviti kolaj, kami telah menyediakan dua jenis lukisan yang telah dikolajkan. Oleh itu, murid-murid diberi peluang untuk melihat dan meniliti hasil karya yang telah guru siapkan. Hasil karya tersebut adalah sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan kepada murid-murid sepanjang mereka melaksanakan aktiviti kolaj.
Langkah seterusnya, murid-murid mula dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana setiap kumpulan adalah seramai lima orang. Malah, untuk aktiviti-aktiviti terapi seni visual yang seterusnya dilakukan secara berkumpulan. Hal ini disebabkan, murid-murid akan lebih bersosialisasi dan dapat membina sikap berkerjasama dalam kumpulan mereka. Dari aspek pembahagian kumpulan, kami telah memberikan sehelai kertas berwarna bersaiz kecil kepada setiap murid. Terdapat tiga jenis warna iaitu merah jambu, kuning dan hijau. Seterusnya, murid-murid diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing dengan merujuk kepada jenis warna pada kertas warna yang mereka peroleh.
            Seterusnya, Carolina sebagai ketua dalam aktiviti kolaj telah membekalkan setiap murid sehelai kertas bersaiz A4. Lantas, murid-murid diminta melukis sebuah rumah pada kertas bersaiz A4 tersebut dan masih berada di dalam kumpulan masing. Dalam aktiviti ini, murid-murid boleh berbincang bersama ahli kumpulan masing-masing supaya setiap daripada mereka dapat melukis sebuah rumah yang cantik. Dalam aktiviti melukis ini, kami dapati setiap murid memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik untuk membina garisan-garisan dalam membentuk sebuah rumah pada kertas. Malah, gerakan-gerakan jari yang baik juga sangat diperlukan untuk memegang pensel dengan betul supaya lukisan yang terhasil tidak comot.
Langkah seterusnya, guru memilih satu lukisan rumah yang paling cantik dan sesuai untuk murid kolajkan dalam setiap kumpulan. Hal ini bermaksud, hanya satu sahaja lukisan yang perlu dikolajkan dalam setiap kumpulan. Serta, lima orang dalam setiap kumpulan tersebut perlu bersama-sama menyiapkan satu karya yang perlu dikolajkan. Lantas, kami telah membekalkan murid-murid dengan kertas-kertas warna yang pelbagai warna dan helaian-helaian majalah yang terpakai. Murid-murid diminta mengoyakkan kertas-kertas yang dibekalkan tersebut kepada cebisan-cebisan kecil. Dalam peringkat ini, bimbingan daripada guru adalah sangat penting supaya murid-murid tahu saiz cebisan-cebisan yang perlu mereka hasilkan semasa mengoyak helaian kertas berwarna dan majalah terpakai tersebut.
Seterusnya, murid-murid boleh menampal cebisan-cebisan kertas warna tersebut pada lukisan rumah dengan warna-warna yang menarik dan kreatif. Kami juga telah memberikan tempoh masa yang sesuai untuk murid-murid menyiapkan aktiviti kolaj tersebut. Hasil karya kolaj yang menarik telah diberikan ganjaran iaitu sticker dan makanan. Murid-murid kelihatan gembira dengan aktiviti kolaj yang telah dilaksanakan. Malah, pada peringkat apresiasi seni, murid dapat membuat apresiasi terhadap karya dan murid juga telah mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan.
Pada akhir aktiviti terapi Seni Visual ini, kami telah menyediakan sehelai hamparan kain putih. Murid-murid bebas melakar dan melukis apa sahaja di atas kain putih tersebut. Hal ini adalah sebagai salah satu cara yang mana murid-murid dapat menzahirkan dan meluahkan perasaan mereka melalui lukisan. Pakar psikologi juga telah mengkaji bahawa melalui lukisan yang dihasilkan, kita dapat melihat secara tersirat dan tersurat mengenai seseorang individu tersebut. Hal ini bermakna, lukisan yang dihasilkan membawa sesuatu mesej yang ingin pengkarya sampaikan. Lantas, hal ini adalah amat penting terutamanya dalam menghayati dan mendalami diri murid-murid berkeperluan khas.
Sebelum menamatkan aktiviti terapi seni visual ini, kami telah bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan dan bukti bahawa kami telah melaksanakan aktiviti terapi seni visual ini dengan jayanya. Semua ahli kelas K16 kelihatan gembira dan berpuas hati dengan penyampaian kami dalam aktiviti terapi seni visual ini. Aktiviti terapi seni visual yang telah dijalankan ini, telah berjaya menimbulkan kesedaran di hati setiap individu bahawa terapi seni visual merupakan salah satu jenis terapi yang sangat penting dijalakan terutamanya kepada murid-murid berkeperluan khas. Tuntasnya, aktiviti terapi seni visual yang telaj dijalankan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Dilaporkan oleh,                                                                                        18 JANUARI 2014
____Husna_____
(NURUL HUSNA BINTI IBRAHIM)
Wakil Ahli Kumpulan Aktiviti Terapi Seni Visual K16.

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Delegasi Istimewa

5 JARI 1 TAPAK TANGAN

Ibu jari memerlukan jari telunjuk, jari telunjuk memerlukan jari hantu, begitu juga jari manis dan jari kelingking yang sememangnya saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Menerapan prinsip bagai aur dan tebing, seliang bagai tebu dan serumpun bagai buluh adalah sangat penting dalam menjamin sesebuah organisasi itu berjaya dari segenap aspek. Dunia Pendidikan Khas merupakan satu dunia yang mana kami berkerja untuk mereka dan mereka berkerja untuk kami. Sudah terang lagikan bersuluh, kami bersama-sama dalam karier kami sehingga kami mendapat apa yang diimpikan. Lantas, ada kalanya kejayaan yang kami kecapi tidak memberikan apa-apa makna kepada individu lain, namun kejayaan tersebut adalah amat bernilai di mata nurani kami. Inilah delegasi kami.

Terapi Seni Visual : Pengenalan

Terapi Seni Visual adalah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.

Terapi seni visual adalah bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang Ilmu Seni Visual. Ia juga adalah instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan emosi dan tekanan dalam menghadapi kehidupan seharian. Selain itu, terapi seni visual adalah satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia merupakan luahan seni pesakit sama ada melalui lakaranlukisan atau binaan (sculptures) 
membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional. 

Apakah Keperluan Dan Kepentingan Terapi Dalam Pendidikan Khas?

Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :

  1. Merangsang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran 
  2. Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosialisasi 
  3. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran 
  4. Sebagai motivasi kepada kanak-kanak 
  5. Membina konsep kendiri 
  6. Merangsang pengaliran darah dan oksigen 

Terapi penting untuk kanak-kanak khas kerana:

  1. Meningkatkan kemahiran pengamatan 
  2. Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid 
  3. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri 
  4. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi 
  5. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi 
  6. Merangsang pemikiran dan kreativiti murid 
  7. Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan 
  8. Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Konsep Terapi Dalam Pendidikan Khas

KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. 

Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. 

Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas. 

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 

Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Apa itu Terapi?

APA ITU TERAPI???

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon" .

Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. 

Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. 

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. 

Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.